No MSG seasoning - Mushroom Seasoning - Mushroom - cendawan - Gula O - Zero calorie sugar - Vegan - vegan food - sambal cendawan - Sambal pedas - sambal hitam cendawan

Labu Pun Boleh Jadi Sup, Jom Cuba!

Cara hidup seorang Vegan boleh dianggap yang lebih sihat dan mesra alam. Namun, ada juga yang merasakan bahawa menjadi Vegan adalah sukar dan memerlukan usaha yang banyak.

Atas sebab itu, kita akan mencuba satu resipi yang menggunakan labu sebagai bahan utamanya untuk memudahkan menyediakan makanan seharian seorang Vegan.

Makanan ini sesuai sebagai “comfort food” jika kita tidak mahu makanan yang terlalu berat dan boleh menjadi pemula kepada perjalanan vegan.

Tunggu apa lagi, ha jom!

Bahan-Bahan:

1. Separuh labu kuning

2. Sebiji Bawang Holand

3. 2 biji ubi kentang/lobak merah

4. 2 sudu marjerin

5. 4 ulas bawang putih

6. Cooking cream

7. Kacang gajus

8. Serbuk lada hitam

9. Sedikit garam

10. 1 liter air

Cara Masak:

1. Potong labu dan kentang. Potong supaya mudah untuk dikisar kemudian, cuma jangan potong terlalu lumat.

2. Tumis bawang putih dan bawang holand sampai naik bau, jangan sampai hangit.

3. Masukkan labu dan kentang tadi, gaul rata.

4. Tambah kacang gajus dan tuang 1 liter air.

5. Letakan penutup pada periuk dan masak sehingga labu dan kentang empuk.

6. Biarkan sejuk sikit baru blend bahan tumis sehingga jadi macam puree.

7. Masak semula bahan yang telah di blend.

8. Tambah cooking cream, serbuk lada hitam serta garam secukup rasa.

9. Masak sampai mendidih dan selesai untuk dihidang.

Dengan ini, masakan boleh dihidang begitu sahaja atau ditambah kekacang untuk memberi lebih tekstur semasa dihidangkan.

Makan begitu sahaja sudah memuaskan atau makan bersama roti. Sangat enak & mudah bagi kita untuk Vegan.

Beli produk Merufood di Shopee & Website kami.

Spread the love

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart