No MSG seasoning - Mushroom Seasoning - Mushroom - cendawan - Gula O - Zero calorie sugar - Vegan - vegan food - sambal cendawan - Sambal pedas - sambal hitam cendawan

Breakfast Time – Nak Cuba Resepi Vegan Lempeng Oat?

Jika sebelum ni tercari-cari menu apa yang nak breakfast bersama keluarga, Vegan Lempeng Oat ini adalah salah satu resepi yang patut kita sekeluarga cuba!

Nak sediakan juga agak mudah yang boleh dijadikan hidangan sekeluarga yang sedap dan sihat pulak tu!

Jom tengok resepi sarapan Lempeng Oat vegan yang mengiurkan ini.

Bahan-bahan:

1. 1 cawan tepung oat

2. 1 cawan susu soya

3. 1 pisang sederhana

4. 1 sudu besar biji chia

5. 1 sudu kecil jus lemon

6. 1/2 sudu kecil garam

7. 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik

Cara Masak:

1. Kisarkan tepung, susu soya pisang sederhana dan biji chia. Kemudian tambahkan jus lemon, garam, serbuk penaik. Sebatikannya.

2. Biarkan bater pekat selama 7 hingga 10 minit.

3. Tuangkan dalam non-stick pan. Tunggu hingga masak. Sedia untuk dihidang!

Diharapkan resepi lempeng oat vegan ini dapat membantu anda semua menikmati hidangan yang sihat dan lazat.

Jangan ragu untuk mencuba pelbagai variasi topping dan kongsikan resepi ini bersama rakan-rakan yang sedang mencari makanan yang sesuai untuk diet vegan. Selamat mencuba!

Beli produk Merufood di Shopee & Website kami.

Spread the love

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart