No MSG seasoning - Mushroom Seasoning - Mushroom - cendawan - Gula O - Zero calorie sugar - Vegan - vegan food - sambal cendawan - Sambal pedas - sambal hitam cendawan

3 Jenis Cendawan Yang Popular Untuk Hidangan Sihat

Cendawan adalah antara makanan yang paling serba boleh di dunia. Ini adalah kerana ia digunakan sebagai pilihan tambahan berharga untuk pelbagai jenis makanan seperti piza, pasta, pai daging, salad dan sandwic.

Jom kita kenali jenis-jenis cendawan yang agak popular untuk hidangan sihat malah sesuai untuk hidangan diet.

No1. Cendawan Butang putih

Selain dipanggil cendawan butang, ada juga orang menyebutnya sebagai cendawan meja, dan cendawan champignon. Cendawan jenis ini merupakan tumbuhan yang fleksibel kerana rasa yang lembut.

Ia lazat bila dihidang dalam sup, rebusan, salad, dan piza dan boleh dimakan mentah atau dimasak. Cendawan butang putih yang telah dimasak biasanya ditabur di atas piza dan kaserol secara mentah yang dimakan bersama salad dan sebagainya.

No2. Cendawan Enoki

Spesis Enoki boleh didapati dalam bentuk segar atau dalam tin. Ada pakar mengesyorkan untuk mengambil jenis enoki segar dengan kepalanya yang masih pejal, putih, berkilat, dan bukannya dengan batang yang berlendir atau berwarna kecoklatan.

Di samping mempunyai rasa yang sedap, cendawan ini juga sangat versatil dan boleh digunakan sebagai bahan dalam pelbagai jenis masakan.

Tidak kiralah apa jua cara yang anda pilih untuk menikmatinya, makan secara mentah atau bersama sup, ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat untuk diet harian.

No3. Shimeji

Nama lain untuk cendawan shimeji ialah buna-shimeji dan bunapi-shimeji. Shimeji mesti dimasak sebelum dimakan kerana rasanya pahit dan ia tidak boleh dimakan mentah. Apabila ia masak, rasa pahit akan pudar dan digantikan dengan rasa yang sedikit pedas.

Dari segi rasa, cendawan Bunahimeju ini tidak banyak perbezaan dengan rasa cendawan tiram kelabu. Bagaimana pun memang rasanya enak kerana ia masih ‘firm’ dan ‘solid’ selepas dimasak sekejap dan dimakan begitu sahaja (tanpa nasi putih).

Banyak lagi sebenarnya jenis cendawan yang agak popular dan sangat sesuai untuk dijadikan hidangan misalnya seperti shiitake, crimini, potobello, tiram dan sebagainya. Sehinggakan cendawan-cendawan yang berkhasiat ini dijadikan serbuk perencah umami untukmenggantikan garam.

Beli produk Merufood di Shopee & Website kami.

Spread the love

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart