4 Tips Belajar Masak Untuk Pemula
Takut nak cuba memasak sebab takut tak sedap & tahu caranya?
Bagi sesiapa yang baru nak cuba memasak, jangan risau kalau ada rintangan di awal-awal ni. Ikut je tips belajar masak yang mudah dengan betul, insyaAllah semua halangan boleh diatasi dengan mudah.
Apakah rahsianya? Jom kita teliti 4 tips-tip belajar masak yang mudah.
1. Kenali Dan Pastikan Guna Alat Yang Betul
Jika nak memasak, kena pastikan alat-alat yang nak digunakan untuk bantu proses memasak lebih mudah & lancar. Terdapat pelbagai jenis peralatan memasak dengan kegunaan yang berbeza. Bagi yang baru nak belajar, kena faham betul-betul.
Jangan terlalu risau pasal nak beli peralatan yang mahal-mahal, sebab yang penting ialah guna peralatan yang berkualiti dan senang nak pakai je.
2. Baca & Teliti Resipi
Kalau nak memulakan memasak, cari sahaja resepi pada buku memasak ataupun boleh sahaja tengok tutorial dekat phone melalui blog & video. Sebab kita baru nak berjinak-jinak memasak ni, cuba buat yang senang-senang dulu dan ikut citarasa sendiri. Misalnya, boleh try rebus atau goreng telur je dulu, lepas tu kalau dah pro sikit boleh la cuba buat telur dadar dengan garam dan lada yang simple saja.
3. Pilih Bahan-Bahan Masakan Yang Segar
Sebelum start memasak, eloklah pilih bahan-bahan yang fresh supaya masakan jadi sedap dan dapat memikat hati orang yang tersayang. Kalau guna bahan-bahan yang masih segar, memang hasil masakan jadi superb! Jadi, check dulu kandungan peti sejuk sebelum memasak. Kalau ada bahan-bahan yang dah tak segar, cepat-cepat pergi beli dekat pasar atau supermarket yang berdekatan untuk dapatkan bahan yang lebih baik & segar.
4. Mulakan Dengan Masakan Yang Mudah
Bila dah faham langkah-langkah masak, mulalah dengan memasak masakan yang senang dulu. Ada tahap-tahap kemahiran yang perlu diambil kira, kalau tak nanti terkejut-sorak-sorai dekat dapur.
Mula dengan resepi yang senang, kita boleh sesuaikan dengan suasana dapur dan dapat bersiap sedia untuk masakan yang lebih power dan complicated dalam masa hadapan.
Bila dah faham beberapa jenis masakan, kita kena praktis dengan masak menu yang sama atau yang serupa supaya boleh jadi pakar dalam buat masakan yang sedap. Bak kata peribahasa Inggeris “Practice Make Perfect”.